Modul KV Novel Papa Akhirnya Kau Tewas jua..

Arahan : Lengkapkan sinopsis di bawah:-

Novel ini mengisahkan Intan Julia yang hidup bahagia dengan bapanya Jeffri (Papa) dan mamanya Intan Maliana serta pembantu rumah Makcik Noraini di Kelana Jaya. Intan Julia (16 tahun) bersekolah di SMK  __________________ Di sekolah ini juga ibunya Intan Maliana menjadi guru_____________. Bapanya juga menjadi guru Sains _____________ di sekolah yang sama. Kemudian bapanya menjadi _________________ekonomi di Kolej Ikhtisas. Intan Maliana mengandung lagi bagi memenuhi kehendak suaminya. Cikgu Suzie dan Makcik Noraini melarang Intan Maliana mengandung kerana _______tahun lalu dia pernah pengsan / koma ketika melahirkan Intan Julia. Doktor terpaksa memerah susu kerana bayi itu (Intan Julia) enggan minum susu tepung. Intan Julia lahir tak cukup bulan, hanya 7 bulan sahaja. Makcik Noraini adalah ___________Jefri. Dia kematian suami dan anak-anak 17 tahun lalu akibat kereta berlanggar dengan lori tangki semasa dalam perjalanan dari Johor ke ____________sewaktu mereka hendak pulang berhari raya.
 Intan Maliana melahirkan anak kembar ____________ bernama Ahmad dan Muhamad di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di Cheras,Selangor. Anak kembar ini meninggal sewaktu  dalam perut dan Intan Maliana koma selama _______ tahun . Jeffri membawa pulang isterinya untuk dirawat di rumah sahaja kerana dia ingin meluangkan lebih masa bersama isterinya dan mengikuti perkembangan isterinya dari semasa ke semasa. Selepas SPM , Intan Julia belajar di____________________, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak , Selangor. Dia tinggal di asrama UIA. Dia sesekali pulang ke rumah dan menjaga ibunya yang koma . Julia dan Rasylan belajar di tempat yang sama dan selalu bersama ke perpustakaan, minum di Restoran Starbuck Coffee di Mid Valley dan restoran makanan segera. Julia terserempak dua kali dengan bapanya dan Aisyah minum bersama. Aisyah merupakah gadis cantik, anak hartawan dan tinggal di Kelana Jaya. Dia merupakan _____________ Jeffri. Mereka pernah bermain tenis bersama  di Kelab sukan Kelana Jaya. Secara berseloroh Intan Julia menyuruh bapanya berkahwin dengan Aisyah.
Rasylan menasihati Intan Julia agar tidak membantah bapanya berkahwin dengan Aisyah. Jeffri pernah menampar Intan Julia kerana isu itu. Rasylan adalah anak hubungan terlarang  antara pensyarah UIA, _________________dengan pembantu rumahnya warga ___________________. Pembantu rumah itu balik ke Bandung dan meletakkan bayi itu di tepi jalan bersebelahan longkang besar kerana malu anaknya tidak berbapa setelah  Muaz al-Khalibi pulang ______________. Jabatan Kebajikan Masyarakat menyerahkan bayi itu kepada Datuk Mustakim untuk dijadikan anak angkat dan  tinggal di Taman Seri Andalas , Kelang. Jeffri melarang Intan Julia rapat dengan Rasylan kerana tidak tahu asal-usul keturunannya. Rasylan menjadi anak angkat Datuk __________________ . Dia tidak mendapat kasih sayang dan sering ditinggalkan di rumah sahaja. Jeffri melangsungkan perkahwinan dengan Aisyah setelah mendapat persetujuan Intan Julia.
Jeffri melarang Aisyah masuk ke bilik isteri pertamanya Intan Maliana kerana bimbang diracun. Setelah 3 tahun ___________ dan terbaring di rumah, Mama boleh membuka mata. Mama terkejut apabila melihat Aisyah di sebelah suaminya dan sedang sarat mengandung. Mama terkejut setelah mengetahui Jeffri telah menduakannya lalu meninggal dunia.

Comments

Popular posts from this blog

KARANGAN CERAMAH/SYARAHAN/ PIDATO