Posts

Showing posts from February, 2012

BULAN BAHASA KEBANGSAAN OKTOBER

Image

Modul KV Novel Papa Akhirnya Kau Tewas jua..

TEMA   Novel karya Deana Yusof ini bertemakan kasih sayang dalam keluarga . Buktinya mama sanggup mempertaruhkan nyawanya untuk mengandung kali kedua sebagai tanda kasih sayang yang mendalam terhadap papa yang inginkan anak meskipun tahu risiko yang bakal dihadapi sekiranya mama meneruskan kandungannya itu. Papa juga membuktikan kasih sayang yang mendalam terhadap mama dengan cara menjaganya, berbual-bual dengan mama sepanjang masa mama koma dengan harapan mama akan pulih seperti dahulu.Malah, Intan Julia turut membuktikan kasih sayangnya dengan mengizinkan papa mengahwini Aisyah meskipun pada peringkat awalnya dia menentang hasrat papanya. Latihan : Tuliskan bukti berkerkaitan dengan persoalan di bawah:   1. 1.  Persoalan pengorbanan suami dan isteri demi kebahagiaan pasangan masing- masing. 2.     2. Persoalan kesetiaan seorang suami terhadap isterinya.    3. Persoalan k etabahan menghadapi dugaan.   4. 4.     Persoalan k eprihatinan terhadap masalah orang lain.  5  5. 5.

Modul KV Novel Papa Akhirnya Kau Tewas jua..

Arahan : Lengkapkan sinopsis di bawah:- Novel ini mengisahkan Intan Julia yang hidup bahagia dengan bapanya Jeffri (Papa) dan mamanya Intan Maliana serta pembantu rumah Makcik Noraini di Kelana Jaya . Intan Julia (16 tahun) bersekolah di SMK   __________________ Di sekolah ini juga ibunya Intan Maliana menjadi guru_____________. Bapanya juga menjadi guru Sains _____________ di sekolah yang sama. Kemudian bapanya menjadi _________________ekonomi di Kolej Ikhtisas. Intan Maliana mengandung lagi bagi memenuhi kehendak suaminya. Cikgu Suzie dan Makcik Noraini melarang Intan Maliana mengandung kerana _______tahun lalu dia pernah pengsan / koma ketika melahirkan Intan Julia. Doktor terpaksa memerah susu kerana bayi itu (Intan Julia) enggan minum susu tepung. Intan Julia lahir tak cukup bulan, hanya 7 bulan sahaja. Makcik Noraini adalah ___________Jefri. Dia kematian suami dan anak-anak 17 tahun lalu akibat kereta berlanggar dengan lori tangki semasa dalam perjalanan dari Johor ke _____

Pensyarah Unit Bahasa

Image
En.Nazri Ujang, En. Anuar Mohd Taib, Tn. Hj. Mohamad Aminordin Amat dan Tn. hj. Shaharudin Othman

Pendaftaran Pelajar Kolej 2012

Image

KENANGAN LALU

Image
Teman sepejuangan Nor Azami Ismail dari Perak, Ramlee Alias dari Kelantan, Mohd Fauzi Jusoh dari Kelantan dan Den dari NS. Bersama-sama teman sekuliah ketika mengikuti kursus Perguruan Asas di Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Kuantan pada sesi 1985/87

LAWATAN PENANDA ARAS KOLEJ KELUANG, JOHOR

Image

Sajak : Dirgahayu Bahasaku

Image
DIRGAHAYU BAHASAKU Maksud Rangkap 1 Bahasa Melayu tetap bersemadi di sanubari orang-orang Melayu. Bangsa Melayu sememangnya terkenal sebagai bangsa yang berbudi bahasa, setia dan amanah. Rangkap 2 Bahasa dilihat sebagai simbol maruah bangsa yang perlu dipertahankan agar terus kukuh dan menjadi keutamaan dalam banyak hal. Bahasa hendaklah digunakan dengan sebaik mungkin terutama dalam usaha mengeratkan hubungan silaturahim. Rangkap 3 Para cendiakawan dan penggiat bahasa terus berjuang demi mendaulatkan bahasa. Sebenarnya setiap orang perlu memainkan peranan ini tidak kira di mana-mana sahaja mereka berada. Rangkap 4 Suatu ketika dahulu, bangsa Melayu pernah mencatat sejarah sebagai pelayar hebat. Mereka begitu berani menjelajah dari sebuah pulau ke sebuah pulau dan dari sebuah benua ke benua yang lain. Dari situ bahasa Melayu mula tersebar. Rangkap 5 Bahasa Melayu tetap di hati. Dalam masa yang sama, bahasa Melayu mula diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa. Bangsa Melayu turut

PERIBAHASA SPM 2012

Image
SENARAI PERIBAHASA TINGKATAN 4 : 1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat. Masyarakat di kampung itu bersetuju untuk mengadakan aktiviti gotong royong pada minggu hadapan kerana mengamalkan sikap bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. 2. Darah daging Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri. Biarpun Amin adalah darah daging kepada Pak Abu, namun beliau tetap melaporkan kegiatan tidak bermoral yang dilakukan oleh Amin kepada pihak berkuasa. 3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing Maksud : mengalami susah senang bersama-sama. 4. meninggi diri Maksud : Sombong 5. bermuka dua Maksud : Tidak jujur. 6 baik hati Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong). 7. tulang belakang Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan 8. bara yang digenggam biar sampai jadi arang Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.