SOALAN LATIHAN SPM NOVEL INTERLOK & PAPA....

Soalan:
             Huraikan latar masyarakat dalam dua buah novel yang anda pelajari.
   
Contoh jawapan :
   
            Dua buah novel yang saya pelajari ialah Interlok karya Abdullah Hussain dan Papa..Akhirnya kau tewas jua !. Latar masyarakat yang terdapat dalam novel Papa ..akhirnya kau tewas jua ! ialah masyarakat yang saling sayang mengyayng. Contohnya Mama sangat menyayangi Papa sehingga sanggup berkorban untuk mengandungi lagi walaupun dia tahu bahawa ia amat berisiko . Begitu juga Papa amat menyayangi Mama sehingga sanggup menjaga dan menguruskan Mama yang koma bertahun-tahun.
          Manakala dalam novel  interlok pula, latar masyarakat yang mempunyai keberanian untuk mengubah nasib. Contohnya Lee Kim Lock dan anaknya Cing Huat tidak tahan tinggal di negara kelahirannya China sebab hasil tanaman diserang burung, belalang dan banjir menyebabkan kehidupan keluarganya susah, lalu mengambil keputusan berhijrah ke Tanah Melayu.

Comments

Popular posts from this blog

KARANGAN CERAMAH/SYARAHAN/ PIDATO