SOALAN LATIHAN SPM NOVEL INTERLOK & PAPA....
Soalan: Huraikan latar masyarakat dalam dua buah novel yang anda pelajari. Contoh jawapan : Dua buah novel yang saya pelajari ialah Interlok karya Abdullah Hussain dan Papa..Akhirnya kau tewas jua !. Latar masyarakat yang terdapat dalam novel Papa ..akhirnya kau tewas jua ! ialah masyarakat yang saling sayang mengyayng. Contohnya Mama sangat menyayangi Papa sehingga sanggup berkorban untuk mengandungi lagi walaupun dia tahu bahawa ia amat berisiko . Begitu juga Papa amat menyayangi Mama sehingga sanggup menjaga dan menguruskan Mama yang koma bertahun-tahun. Manakala dalam novel interlok pula, latar masyarakat yang mempunyai keberanian untuk mengubah nasib. Contohnya Lee Kim Lock dan anaknya Cing Huat tidak tahan tinggal di negara kelahirannya Chi...