Posts

Showing posts from August, 2011

SOALAN LATIHAN SPM NOVEL INTERLOK & PAPA....

Soalan:              Huraikan latar masyarakat dalam dua buah novel yang anda pelajari.     Contoh jawapan :                 Dua buah novel yang saya pelajari ialah Interlok karya Abdullah Hussain dan Papa..Akhirnya kau tewas jua !. Latar masyarakat yang terdapat dalam novel Papa ..akhirnya kau tewas jua ! ialah masyarakat yang saling sayang mengyayng. Contohnya Mama sangat menyayangi Papa sehingga sanggup berkorban untuk mengandungi lagi walaupun dia tahu bahawa ia amat berisiko . Begitu juga Papa amat menyayangi Mama sehingga sanggup menjaga dan menguruskan Mama yang koma bertahun-tahun.           Manakala dalam novel  interlok pula, latar masyarakat yang mempunyai keberanian untuk mengubah nasib. Contohnya Lee Kim Lock dan anaknya Cing Huat tidak tahan tinggal di negara kelahirannya China sebab hasil tanaman diserang burung, belalang dan banjir menyebabkan kehidupan keluarganya susah, lalu mengambil keputusan berhijrah ke Tanah Melayu.

Kata dan Makna

Penjelasan tentang kekeliruan ejaan dan makna sesuatu perkataan seperti yang berikut :- 1. Mencolok mata - ialah membangkitkan marah orang yang melihat, menyakitkan hati, memberi malu. 2. Menjolok mata pula bermakna menusuk (merodok) sesuatu dengan gaalah dll. supaya gugur, menusuk      ke dalam lubang. Contoh ayat yang betul :    1. Kakitangan kerajaan khususnya wanita dilarang memakai pakaian yang mencolok mata semasa bekerja    di pejabat. 2. Adik menggunakan galah untuk menjolok buah mangga yang sedang masak ranum itu. Sumber: Koleksi Pedoman Bahasa 2. DBP.